Archive for July, 2006

Futsal Mania & Farewell Party

Saturday, July 15th, 2006

Khamis, 29 Jun 2006

Setelah membuat perancangan selama hampir 2 minggu, dan mendapat kata putus dari cik nora dan ahli2 gooniest yang lain, akhirnya program futsal dijalankan pada hari khamis, 29 jun 2006 jam 10 malam.. sebelum tu, pada hari rabu, ahli gooniest yang free telah bermain bowling di bsc dan lepak di mahbub.. pada malam tu, nora dah pesan pada semua ahli yang lain utk berkumpul di rumah azrul esok pukul 8 malam utk konvoi beramai-ramai ke futsal court di pj. aku ni dari kota warisan, biasalah, bila pikir2, pukul 8 tu awal sangat dan mesti ada yg dtg lambat punyer.. so, dgn beberapa hal yg x dpt dielakkan, pukul 8 baru bertolak dari kota warisan dan pukul 9 baru sampai hillpark.. nora dah membebel dan marah2, tak sangka pulak nora sampai awal.. asyik2 dia call tanya kat mana…adoi.. dari car park sampai ke umah aku berlari, ambik seluar n kasut dan terus berlari ke umah azrul..

bila sampai aje, dgn termengah2.. aku pon ketuk la pintu… dan bila pintu dibuka… SUPRISE!!!!!!!!!!!!!!!! itu la jeritan yang aku dengar…aku dgn blur + penat rasa mcm nak pengsan bila dpt tahu rupa2nya budak2 nih buat suprise farewell party untuk aku… tapi.. disebabkan perasaan penat dan terharu yang amat sangat, muka ku menjadi sgt annoying bak kata nora seperti org x de perasaaan.. bukan apa beb, aku terharu sgt.. control nak nangis sebenarnya.. malam yang singkat sementara menunggu pukul 10 itu dijamu dgn bihun yang dibeli di aiman, kek choc indulgence, sandwiches, potato chips, coke, serta belon2 yang warna warni.. sedihnya… buat susah2 aje diorang ni buat farewell party utk aku!!

acara diteruskan dengan perlawanan futsal di pj.. bestnyerrrrrr!!! walaupun first time tapi masing2 menunjukkan kehebatan bermain.. pjot terlupa bwk sport shoe, main dgn pakai stoking aje.. gila hebat.. keputusan akhir berpihak pada pasukan nora and da geng mengalahkan pasukan reza and da geng… dan semestinya aku berada dalam pasukan yang menang! Horayy!!

lepas abis main futsal, kitorang semua lepak kat kedai mamak jamal mohamed di pj.. dan bermula la acara airmata.. sedih nyerrrrrrr!!! memandangkan hari tu last aku lepak dgn korang utk tahun nih, rasa sedihh sangat.. semua orang tahu aku rapat dengan kawan-kawan… mak aku, ayah aku, malah husband aku pon tahu yang aku nih memang rapat dgn kawan2.. ye lah, dah 8 tahun berkawan, ikatan yang terjalin sangat kukuh..

untuk sahabat-sahabatku…. thanks for everything!! EVERYTHING..!! semoga persahabatan kita akan kekal selama-lamanya.. thanks utk imah n nor, kerana menjadi adik memahami dan memenuhi ruang dalam hidup ini..

jumpa lagi dlm blog akan dtg…