Archive for June, 2007

Rambutku sayang..

Wednesday, June 27th, 2007

Setiap hari kalau la aku rajin nak mengira, ada lah dalam 100 helai rambut aku gugur..
alahai.. tensionnya.. takutnya kepala ni jadi botak..
asal sikat je ada la dalam 10 helai rambut jatuh..
sbb tu la aku x rajin sikat rambut..
even x sikat, penuh je rambut aku kat dalam umah..
sapu umah hari2, setiap hari jugak la ada rambut…
kat mana yg aku duduk, kat situ jugakla rambut aku landing..

adoi.. risau nya..
punca nya rasanya dah tahu..
rambut ni x elok kalau dibilas guna air panas..
blh menyebabkan kelumumur dan liang rambut terbukak..
sbb tu la rambut gugur..
tapi kat sini tgh summer..
so, air paip dia mmg la panas nak mampus..
x yah pakai heater pun dah panas..
hmm..nampaknya kena la tadah air bagi sejuk baru boleh mandi..
lecehnya..

rambut oh rambut..
jangan la kau gugur..
nanti kepala ku botak..
sian kat laki aku..
org ingat bini dia alien..

Bila Aku Jatuh Cinta

Saturday, June 23rd, 2007

01082006004_9

Bila aku jatuh cinta
aku mendengar nyanyian
1000 dewa dewi cinta
menggema dunia

bila aku jatuh cinta
aku melihat matahari
kan datang padaku
dan memelukku dengan sayang

bila aku jatuh cinta
aku melihat sang bulan
kan datang padaku
dan menemani aku

melewati dinginnya mimpi
melewati dinginnya mimpi…aa…a…a.

bila aku jatuh cinta… jatuh cinta
bersama dirimu
peluk aku…dan ciumlah aku
sayang…

Ziarah to Madinah

Saturday, June 16th, 2007

Isnin lepas, bila my hubby inform yg dia kena outstation ke Madinah, hati ni dah terlompat2 kegumbiraan sbb of coz la dia akan bwk wife tersayang dia ni kan sbb dah banyak kali dia dengar wife dia ni request nak pegi ziarah Madinah.. So, hari Selasa tu excited punya pasal, aku langsung la x tido malam dok packing2 barang.. Biasalah kan, kena packing utk 2 org punya barang.. So, stay up sampai pagi, buat breakfast, then pukul 3.30pg kejut hubby utk bersiap.. Pukul 4.15pagi kitorg off to airport..

Flight pukul 6.30pagi, sampai Madinah pukul 7.30pagi.. ambik cab terus g hotel.. Aku yg tgh stone sbb x tido sehari suntuk dah planning nak short nap sekejap kat bilik hotel sementara my hubby pegi keje.. Maka terjadi lah satu insiden yg hampir memusnahkan mood excited aku.. Malas la nak cerita, buat kena gelak aje.. Kitorg stay kat Hotel Dar Hijra Intercontinental, 150m dari Masjid Nabawi.. So, masuk Asar kitorg pun berjalan la ke Masjid Nabawi utk menunaikan solat. Melangkah masuk ke pintu Masjid Nabawi, hati terasa sebak.. muka dah berkerut2 tahan kepanasan yang teramat sgt.. Waktu tu insaf sekejap, macam mana la keadaan di padang masyar nanti.. berjuta kali ganda panas nya.. Masuk je masjid, masyaAllah, terpegun betul tgk keindahan masjid… sejuk, bersih dan tenang sangat didalamnya..

Dsc04796

Esok paginya tu, lepas breakfast, kitorg pegi menziarah 4 tempat bersejarah di kota Madinah.. Mula2 pegi Jabal Uhud dan Jabal Rahmah.. Sampai2 aje, dimulakan dengan doa untuk para syuhada di perkuburan para syuhada, diikuti dgn aktiviti memanjat bukit Uhud.. Nak dijadikan cerita, aku pakai kasut yg ada heel sikit.. x tinggi pun tapi cukup la utk membuatkan aku terbayang ketergolekkan aku sekiranya x berhati2.. Makanya, berjalan la aku mcm si buta memaut lengan suaminya.. Bengang je my hubby.. Siap dia boleh ckp "B, awak dulu kecik2 x aktif ye?"… Well, helllooooooo….. kasut ni tinggi la.. kalau pakai sport shoe dah lama ku berlari naik ke atas..

Dsc04840

Next, kitorg pegi Masjid Al-Qiblatain.. Sejarahnya masjid ni, dulu dia ada 2 mirhab yg berlainan.. satu menghadap Kaabah dan satu lagi menghadap Masjid Al-Aqsa.. Menurut riwayat, ketika baginda Rasulullah sedang solat di dalam masjid ini, wahyu turun agar baginda menukar kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah di Makkah..

Dsc04853

Selesai di Masjid Al-Qiblatain, kitorng singgah kejap di kilang proses kurma.. Masuk kejap je, beli kurma 2kg pastu terus pegi ke kawasan Masjid Al-Khandaq. Masjid ini didirikan di kawasan terjadinya perang Khandaq. Ianya juga dinamakan Masjid Tujuh kerana ada tujuh buah masjid didirikan di kawasan Khandaq ini. Setiap masjid itu mewakili penjuru umat Islam berkubu.

Dsc04862

And lastly, kitorang pegi melawat Masjid Quba disamping sempat mengerjakan solat sunat.. Masjid ini merupakan masjid pertama dibina rasulullah sewaktu hijrah dari Mekah ke Madinah. Solat di masjid ini dikatakan sama pahalanya dengan pahala umrah..

Dsc04865

Settle lawatan, kitorg balik ke hotel utk prepare solat zohor di Masjid Nabawi.. Sebab aku nak melawat makam Rasulullah.. Waktu lawatan ke Raudhah 2 kali sekali sehari utk perempuan iaitu pagi dan tghari.. So, lepas solat, aku pun join kumpulan mak arab berebut2 berhimpit2 melawat makam Rasulullah.. Punya la ganas diorang ni aduhai.. Apasal la suka sangat tolak org.. Tak sabar langsung.. Kalau diingat balik, rasa nak marah pulak.. Tapi itu lah cabarannya.. Sabar je la.. Malam tu, seperti biasa, berjalan2 di kota Madinah yang meriah sangat..

Dsc04823

So, esoknya hari Jumaat suppose flight kitorg pukul 8pagi.. Set wake up call pukul 3.30pagi.. Masing2 x set jam hp.. Pagi tu sedar2 dah pukul 8pagi.. Melompat masing2 sbb terkujat.. Alamak, terlepas flight!!!!!!!!!!!!!!! Tido mampus ke kitorg sampai x dgr bunyi phone?? My hubby pun terpaksa la booking utk next flight iaitu pukul 11.20mlm.. aduhai, lambatnya… Alih2 pukul 10.30pagi bunyi phone.. "This is your wake up call"… WTF???? x terkata ler sbb kebangangan mat arab ni org cakap 3.30 dia ingat 10.30…

Sampai Riyadh pukul 1.30pagi sbb flight delay.. Meninggalkan Madinah dgn memori yang sangat indah.. Insya Allah, ada rezeki kita ziarah lagi ye babe..

Dsc04827

p/s- maafkan je lah model gagak hitam ni.. nak bergambar berdua x de cameraman.. last2, posing sorang2 je lah…