My First Blog…

June 21st, 2006 by nurulhalida

Assalamualaikum…

This is my first blog and hopefully not the last… well guys, dalam masa seminggu lebih lagi aku akan berangkat ke suatu tempat yang sangat asing untuk meneruskan kehidupan aku disamping suami tersayang… Meninggalkan orang-orang yang aku sayangi, keluarga terutamanya mama, papa, aiman, abg bilal, ijai n kak lisa, abang n kak su… , kawan-kawan, dan saudara mara adalah pengorbanan yang paling besar akan aku buat setakat ini. Perasaan bercampur baur….. gembira, sedih, gementar, takut dsb.. Gembira untuk bersama dgn org yang paling aku cintai… sedih untuk meninggalkan orang-orang yang penting dan disayangi… gementar untuk menjalani kehidupan baru sebagai isteri di tempat yang baru dan sangat asing, serta takut untuk mengingatkan kemungkinan2 yang bakal berlaku kelak…

Meninggalkan sejuta kenangan di tanah kelahiran sangat menyedihkan… meninggalkan orang-orang yang disayangi sangat menghiriskan… Semoga pemergian ini mendapat restu dari semua yang tersayang… Untuk mama, papa n keluarga, walau dimana berada, kak yong tetap seperti yang papa kata..tunggak keluarga penyambung silaturahim… kak yong tidak akan lupa segala kasih sayang dan pengorbanan yang telah semua berikan… Untuk kawan-kawan, terima kasih atas sokongan dan aku tak akan lupa semua kenangan indah yang kita lalui bersama…. terima kasih kerana bersama aku ketika susah dan senang, terima kasih kerana memahami dan menerima diri ini seadanya, terima kasih kerana menjadi kawan yang menggembirakan hati ini.. semoga persahabatan akan kekal selamanya…. HIDUP GOONIEST!! Untuk saudara mara, kak yong berjanji akan cuba menjadi insan yang terbaik..nsayAllah.. terima kasih atas segalanya.. jasa kamu semua akan ku kenang sampai mati….

Akhir kata.. untuk suami tercinta… diharap pengorbanan yang dilakukan tidak disia-siakan.. kita berjanji untuk membaiki hidup, meneruskan perjuangan dan membina harapan bersama… InsyaAllah, berkat doa restu semua, semoga kita akan berjaya dan sentiasa berbahagia… I Love You So Much!!